Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua;
Sepertimana telah dirancang diperingkat Induk, disenaraikan Acara Sukan Rakyat serta Aturcara Penuh Sambutan Aktiviti PPSA2 untuk makluman semua. Komitmen saudara mencerminkan kesepakatan..
20.6.2009 ( Sabtu ). Tempat : Padang Bola 2B3..
8.30 pagi hingga 5.00 petang
: Pertandingan bolajaring wanita antara fasa.
: Gerai jualan dan pameran jualan.
9.00 malam
: Wayang Pacak – tayangan filem Melayu komidi seram dan tayangan video Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
21.6.2009 ( Ahad ). Tempat : Padang Bola 2B3.
8.00 pagi hingga 1.30 petang
: Sukan Rakyat.
: Pameran AADK dan Narkotik PDRM.: Pameran jualan dan gerai jualan.
Acara sukan rakyat:
Acara konda-kondi lelaki (dewasa)
Acara bola api lelaki (dewasa)
Acara teng-teng bwh 12 tahun (wanita)
Acara tarik tali bwh 12 tahun (lelaki)
Acara tarik tali dewasa (lelaki)
Acara batu seremban (wanita)
Acara sukan rakyat bermula jam 0900 pagi. Pendaftaran peserta 2B4 akan dibuat sebelum jam 0900 di Padang 2B3. Sila laporkan diri ke Seketariat untuk penyelarasan tim. Ahli Lorong Az Zaharah 10/6 merangkap Biro Sukan, dipohon memberi kerjasama bagi urusan pendaftaran peserta kita. Borang pendaftaran disediakan oleh Seketariat. Bagi yang berminat mewakili Acara yang dinyatakan terutamanya Acara Tarik Tali pastikan membuat persiapan. Kejayaan anda kejayaan kita bersama. InsyaAllah..
Ketua Biro Sukan
Mejar Khairul Anuar
No 13 Lrg 10/6 013-6131273
No comments:
Post a Comment