Friday, August 27, 2010

Thursday, August 19, 2010

Cadangan perkemas 'kejiranan berpagar' dilulus

Kabinet sudah meluluskan satu cadangan bagi memperkemaskan garis panduan khusus buat konsep kediaman berbentuk "gated community" dan "guarded neighbourhoods" yang semakin popular dalam negara sejak kebelakangan ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata bagaimanapun garis panduan itu akan hanya dilaksanakan selepas ia diteliti oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT).

Beliau berkata, MNKT yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 26 Ogos itu nanti dijangka akan dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

"Sebaik sahaja MNKT meluluskannya, saya akan umumkan garis panduan itu dengan terperinci," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Konsep "gated community" dan "guarded neighbourhoods" mulai mendapat perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini apabila penduduk, terutama di kawasan bandar, mula menggerakkan inisiatif sendiri bagi menjaga keselamatan harta benda dengan menggaji syarikat keselamatan swasta untk mengawal keselamatan kawasan perumahan mereka.

Bagaimanapun di beberapa tempat konsep itu mula menampakkan respons yang pelbagai.
Chor berkata, terdapat kira-kira 480 konsep kediaman sedemikian yang terdapat di Selangor dan bukan semua penduduk bersetuju dengan langkah itu di mana sesetengahnya enggan membayar yuran bulanan buat syarikat yang bertanggungjawab mengawal keselamatan.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada garis panduan standard berhubung bentuk kediaman itu tetapi sesetangah negeri ada memperkenalkan garis panduan sendiri untuk konsep kediaman moden itu.

Katanya, di Selangor, pihak berkuasa tempatan membenarkan bentuk kediaman "guarded comumnity" dilaksanakan menerusi persatuan penduduk dengan sokongan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduk.
"Pihak berkuasa tempatan juga membenarkan sebuah bilik kawalan dibina, dengan syarat permohonan bagi membinanya dibuat menerusi persatuan penduduk dengan mendapat sokongan sekurang-kurang 85 peratus penduduk," katanya.

Selain itu, katanya, persatuan penduduk berkenaan juga perlu bersetuju bahawa bilik kawalan pengawal itu tidak mempunyai sebarang penghalang laluan, dan lokasinya pula tidak menjejaskan kelancaran trafik.

"Kami harap cadangan garis panduan kementerian ini akan dapat diterima oleh pelbagai negeri supaya dapat diperkemaskan.

"Bagi gated communities, ia tidak menimbulkan banyak isu kerana ia sudah mempunyai satu badan pengurusan yang ditubuhkan di bawah hak milik strata, dan kebanyakan pangsapuri serta kondominium terletak di bawah kategori ini," katanya.

- Bernama
- http://www.malaysiakini.com/news/140438

Friday, April 30, 2010

Gambar: Majlis Silaturrahim 2B4 (24/April/2010)

Kepada Semua Warga 2B4..

Gambar2 menarik semasa Majlis Silaturrahim pada 24 April 2010 telah diuploadkan di facebook 2b4.

Friday, April 23, 2010

Gaji pengawal naik

KUALA LUMPUR 22 April - Mulai 1 Julai ini, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok di antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 hingga 75 peratus.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan menaikkan gaji itu dibuat mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 bertujuan meningkatkan pendapatan pengawal keselamatan di negara ini.
Menurutnya, gaji pokok pengawal keselamatan pada masa ini adalah di antara RM300 hingga RM400 sebulan.
"Peningkatan gaji pokok ini melibatkan semua pengawal keselamatan iaitu pekerja tempatan atau asing," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yakin peningkatan gaji tersebut akan menarik lebih ramai rakyat tempatan untuk bekerja dalam bidang itu.
"Kenaikan gaji akan dibuat berasaskan kepada pelbagai zon geografi dan butiran mengenainya akan diumumkan kemudian," jelasnya.
Subramaniam berkata, proses sama akan dilakukan bagi para pekerja dalam industri tekstil, elektronik dan hospitaliti.
Menurutnya, kementerian juga sedang menyemak semula perundangan buruh bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Mac lalu.
Beliau menambah, kementerian akan menggunakan pendekatan perbincangan secara terbuka dan telus dalam kajian semula itu seperti mengadakan taklimat dan perbincangan dengan wakil-wakil majikan dan pekerja.
"Kementerian berharap menerima maklum balas daripada pelbagai sektor terhadap cadangan-cadangan perubahan dan menerusi maklum balas itu kita akan gubal keputusan akhir," katanya.
Wakil majikan ialah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) manakala wakil pekerja ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

MTUC sambut baik, gaji pengawal keselamatan naik

KUALA LUMPUR 22 April - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji pokok pengawal keselamatan sehingga 75 peratus sesuai dengan keperluan semasa.
Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, langkah kerajaan itu merupakan satu kejayaan kepada MTUC yang sudah lama memperjuangkan isu itu demi membela nasib pekerja.
"Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan jumlah kenaikan yang diumumkan oleh kerajaan memandangkan gaji pengawal keselamatan sangat rendah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kementerian Sumber Manusia hari ini mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan daripada 67 hingga 75 peratus berkuat kuasa 1 Julai ini.
Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga RN400 sebulan dan dengan kenaikan itu mereka akan menerima RM1,100 hingga RM1,450 sebulan.
Syed Shahir berkata, kenaikan itu berbaloi dengan risiko tugas yang terpaksa ditanggung oleh pengawal keselamatan yang jarang diambil berat oleh orang ramai.
Menurutnya, kerajaan juga harus membuat pemantauan terhadap syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengawal keselamatan agar mereka mematuhi peraturan gaji pokok baru itu.
"Kemungkinan ada syarikat yang akan ingkar dan kerajaan perlu mencari satu mekanisme supaya mereka mematuhi peraturan tersebut. Keputusan yang baik perlu diikuti dengan pelaksanaan yang baik juga,'' jelasnya.
Sementara itu Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap berhubung kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan itu.
"Saya hanya mendengar kenaikan tersebut di Parlimen dan tidak menerima sebarang keputusan rasmi daripada kementerian.
"Saya menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan gaji pengawal keselamatan jika syarat yang diberikan tidak membebankan majikan,'' katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat semakan terlebih dahulu mengenai kenaikan yang diumumkan kementerian sebelum membuat sebarang kenyataan mengenainya.

Monday, April 19, 2010

Wednesday, December 30, 2009

Foto: Rewang @ Kenduri Rumah Haji Zakaria (26 Dis 2009)



geng rewang 2B4 ngan Pengantin



geng rewang ngan Tuan Pengerusi PPSA2


gosok jgn tak gosok



Pengantin



more foto pls visit/join 2B4@ShahAlam2 facebook

Saturday, December 26, 2009

2B4 now at facebook...

Kini, 2B4 memasuki era lebih interactive. 2B4 kini terdapat di facebook


Beberapa keunggulan atau kelebihan facebook:
  1. User friendly - Mula2 susah nak faham jgak macam mana system facebook nih. tapi lama2 best plak 
  2. Lebih selamat dan kurang spam - System facebook lebih selamat berbanding dengan friendster. Selain spam yang kurang,iklan perniagaan murahan pun tak ada di facebook 
  3. Design yang simple dan sesuai untuk semua peringkat umur 
  4. Tagging system - Bila upload gambar, anda boleh tag muke kawan dan secara automatic gambar tu akan ada di dalam photo akaun facebook kawan anda. System tag ini menjadi kan sesi perkenalan antara satu sama lain lebih mudah.Tak kenal maka tak cinta.
  5. Cuma check email untuk sebarang notification - Sekira nya ade komen2 atau message dari kawan2 di facebook, anda boleh membaca komen tersebut melalui email .Tak perlu la nak surf website facebook setiap hari. Cukup sekadar check email anda 

Foto: Kejohanan Bowling PPSA2 @ Alam Sentral..