Monday, June 29, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Sukan Rakyat 2009

Salam Sejahtera

  • Setelah berakhirnya Kejohanan Sukan Rakyat 2009 pada 20hb Jun 2009 hingga 21hb Jun 2009, Majlis Urusetia Biro Sukan mengumumkan senarai Rangking bagi Sukan tersebut.
  • Berikut adalah senarainya :-

  • Johan Sukan Rakyat : Fasa 2B2 ( 55 mata )
  • Naib Johan : Fasa 2B3 ( 37 mata )
  • Tempat Ketiga : Fasa 2B1 ( 26 mata )
  • Tempat Keempat : Fasa 2B6 ( 22 mata )
  • Tempat Kelima : Fasa 2B7 ( 18 mata )
  • Tempat Keenam : Fasa 2B4 ( 11 mata )
  • Tempat Ketujuh : Fasa 2B5 ( 10 mata )

  • Semoga sukan ini telah mengeratkan lagi semangat kejiranan dan perpaduan di antara warga penduduk Shah Alam 2. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua individu individu yang bertungkus lumus membantu menjayakan Sukan Rakyat 2009 ini. Ribuan Terima Kasih.

  • Lingam Gunaratnam Ketua Biro Sukan SA2
  • P/S : Gambar gambar sukan rakyat telah di upload didalam blog saudara Rozi http://blog.photokakis.com/. terima kasih buat saudara Rozi

Friday, June 19, 2009

Acara Sukan Rakyat serta Aturcara Penuh Sambutan Aktiviti PPSA2

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua;

Sepertimana telah dirancang diperingkat Induk, disenaraikan Acara Sukan Rakyat serta Aturcara Penuh Sambutan Aktiviti PPSA2 untuk makluman semua. Komitmen saudara mencerminkan kesepakatan..

20.6.2009 ( Sabtu ). Tempat : Padang Bola 2B3..

8.30 pagi hingga 5.00 petang

: Pertandingan bolajaring wanita antara fasa.

: Gerai jualan dan pameran jualan.

9.00 malam

: Wayang Pacak – tayangan filem Melayu komidi seram dan tayangan video Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

21.6.2009 ( Ahad ). Tempat : Padang Bola 2B3.

8.00 pagi hingga 1.30 petang

: Sukan Rakyat.

: Pameran AADK dan Narkotik PDRM.

: Pameran jualan dan gerai jualan.

Acara sukan rakyat:

Acara konda-kondi lelaki (dewasa)

Acara bola api lelaki (dewasa)

Acara teng-teng bwh 12 tahun (wanita)

Acara tarik tali bwh 12 tahun (lelaki)

Acara tarik tali dewasa (lelaki)

Acara batu seremban (wanita)

Acara sukan rakyat bermula jam 0900 pagi. Pendaftaran peserta 2B4 akan dibuat sebelum jam 0900 di Padang 2B3. Sila laporkan diri ke Seketariat untuk penyelarasan tim. Ahli Lorong Az Zaharah 10/6 merangkap Biro Sukan, dipohon memberi kerjasama bagi urusan pendaftaran peserta kita. Borang pendaftaran disediakan oleh Seketariat. Bagi yang berminat mewakili Acara yang dinyatakan terutamanya Acara Tarik Tali pastikan membuat persiapan. Kejayaan anda kejayaan kita bersama. InsyaAllah..

Ketua Biro Sukan

Mejar Khairul Anuar

No 13 Lrg 10/6 013-6131273