PUNCAK ALAM : 30.04.2009 - Satu kejadian rompakan bersenjata telah berlaku di Shah Alam 2 malam tadi membabitkan tiga lelaki India.
Kejadian berlaku pada sekitar jam 8.30 malam di Lorong Az-Zaharah B10/4F melibatkan seorang mangsa warga Bangladesh.
Mangsa yang juga merupakan seorang buruh binaan di kawasan pembinaan di Shah Alam 2 pada ketika itu tinggal bersendirian di rumah sewanya, di mana tiga lagi rakannya telah pergi ke pasar malam berhampiran.
Tiga lelaki berbangsa India mendatangi mangsa dan telah mengugutnya menggunakan pisau. Mangsa yang ketakutan tidak mampu untuk melawan atau meminta pertolongan.
Perompak berkenaan telah melarikan besi-besi perancah pembinaan yang disimpan di rumah berkenaan menggunakan sebuah lori 5 tan dengan nombor pendaftaran WCS 340. Mangsa walau bagaimanapun tidak dicederakan telah menghubungi majikannya sejurus selepas kejadian. Balai Polis Saujana Utama ketika dihubungi pagi ini memaklumkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan.
PAnet difahamkan kejadian hampir serupa telah berlaku dua hari yang lepas di mana besi perancah yang disimpan di Bilik Gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 2 tiba-tiba lesap.
Dalam kejadian berasingan beberapa minggu yang lepas di Fasa 2, sebuah kereta telah dipecahkan oleh seorang remaja tempatan yang cuba mencuri thumbdrive. Remaja berkenaan telah berjaya diberkas oleh penduduk dan diserahkan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun remaja tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kejadian kecurian juga telah dilaporkan berlaku di Surau Al-Furqan, Fasa 2 yang melibatkan wang tunai dan barangan milik jemaah wanita yang mengerjakan solat di situ.
Dalam satu kejadian, seorang remaja yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian pecah kereta di atas, ditangkap ketika cuba menjual semula telefon bimbit yang dicuri milik seorang wanita yang kehilangannya ketika bersolat di Surau Al-Furqan.
info: http://www.puncak-alam.net/
|
No comments:
Post a Comment