Beliau berkata, MNKT yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 26 Ogos itu nanti dijangka akan dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
"Sebaik sahaja MNKT meluluskannya, saya akan umumkan garis panduan itu dengan terperinci," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Konsep "gated community" dan "guarded neighbourhoods" mulai mendapat perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini apabila penduduk, terutama di kawasan bandar, mula menggerakkan inisiatif sendiri bagi menjaga keselamatan harta benda dengan menggaji syarikat keselamatan swasta untk mengawal keselamatan kawasan perumahan mereka.
Chor berkata, terdapat kira-kira 480 konsep kediaman sedemikian yang terdapat di Selangor dan bukan semua penduduk bersetuju dengan langkah itu di mana sesetengahnya enggan membayar yuran bulanan buat syarikat yang bertanggungjawab mengawal keselamatan.
Beliau berkata, setakat ini tidak ada garis panduan standard berhubung bentuk kediaman itu tetapi sesetangah negeri ada memperkenalkan garis panduan sendiri untuk konsep kediaman moden itu.
Katanya, di Selangor, pihak berkuasa tempatan membenarkan bentuk kediaman "guarded comumnity" dilaksanakan menerusi persatuan penduduk dengan sokongan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduk.

Selain itu, katanya, persatuan penduduk berkenaan juga perlu bersetuju bahawa bilik kawalan pengawal itu tidak mempunyai sebarang penghalang laluan, dan lokasinya pula tidak menjejaskan kelancaran trafik.
"Kami harap cadangan garis panduan kementerian ini akan dapat diterima oleh pelbagai negeri supaya dapat diperkemaskan.
"Bagi gated communities, ia tidak menimbulkan banyak isu kerana ia sudah mempunyai satu badan pengurusan yang ditubuhkan di bawah hak milik strata, dan kebanyakan pangsapuri serta kondominium terletak di bawah kategori ini," katanya.
- Bernama
- http://www.malaysiakini.com/news/140438
No comments:
Post a Comment