Pada hari ini 19/07/2009 telah berlaku kejadian yang mengejutkan, yang mana terdapat kejadian pecah rumah di nombor 33 10/6 iaitu rumah En. Ghazali lebih kurang pukul 4:15 hingga 4:25 pagi. Berdasarkan pada kejadian tersebut, perbincangan khas telah diadakan serta merta bagi mengkaji kaedah kawalan yang lebih baik bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang.
Berikut adalah cadangan-cadangan yang telah di pertimbangkan untuk dilaksanakan:
a) Menambah kekerapan rondaan kepada setiap 30 minit sekali, dengan menggesa pengawal membuat pemeriksaan yang lebih menyeluruh pada setiap rumah semasa rondaan dilakukan, juga mengubah pola rondaan dari masa ke semasa.
b) Rondaan perlulah merangkumi semua lorong, termasuk 2 lorong tengah yang mana kunci rondaan akan ditambah selaras dengan penambahan laluan rondaan.
c) Memperketatkan kawalan pada laluan keluar masuk kenderaan, dengan membuat pertanyaan yang menyeluruh sambil menguatkuasakan penggunaan pelekat KRT PPSA2.
d) Menyeru kerjasama dari penduduk fasa 2B4 menyalakan lampu anjung rumah masing masing bagi meningkatkan tahap pemeriksaan & pemerhatian.
e) Mempercepatkan pembinaan wakaf di hujung jalan 10/7 bagi memaksimumkan skop & jarak sudut kawalan visual oleh pengawal.
f) Meningkatkan kesedaran penggunaan alarm & jeriji keselamatan serta membanci penduduk yang memerlukan khidmat membaiki alarm, bagi membantu mengenal pasti kontraktor yangs sesuai dari segi kos dan perkhidmatan.
Demi untuk mengekalkan tahap keyakinan penduduk terhadap kawalan di kejiranan kita ini saya berharap cadangan cadangan ini dapat di segerakan dan dipantau dari masa kesemasa.
Yg benar;
Mohd Saleh
Pengerusi PPSA2
Pengerusi JKK2B4
No comments:
Post a Comment