Salam buat semua warga 2B4,
Terlebih dahulu ribuan kemafaan di atas kelewatan meng'update'kan berkenaan progress security guard kita.. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan untuk pengetahuan semua Security guard akan memulakan tugas mereka dari jam 11.00 mlm sehingga 6.00 pagi..
Setiap malam SG yang bertugas adalah SG Tuan Haji Hassan dan SG En. Hakim.
Di sini kami bagi semua AJK 2B4 mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua warga 2B4 yang memberi kerjasama sepenuhnya membuat bayaran yuran bulanan bagi April 2009 walaupun ada setengahnya kami terpaksa menbuat kutipan dari rumah ke rumah. Syabas buat AJK yang sudi meluangkan masa, tenaga serta idea untuk sama-sama membuat kutipan da seterusnya menjayakan program kita ini semoga ianya kekal berterusan dan keselamatan kita semua terjamin.
InsyaAllah
Sekiranya terdapat apa-apa cadangan, pandangan ataupun komen silalah alamatkan ke email kami di : ajk2b4@gmail.com


No comments:
Post a Comment