Halimi.. bro.. sampai skrang aku tak ada jawapan utk anak aku
Amin ..
Mizan.. pastikan 2B4 jgn kena tolak..
Meja pendaftaran/gossiping
Uncle ni dapat hamper besau tu..
Makan time..
Yang baju melayu biru tu Pengerusi PPSA2
Buat warga Fasa 2B4, Seperti yang sedia maklum majlis hari raya eidul fitri telah selamat diadakan pada 26.10.2008 hari ahad bertempat di lorong 10/6, lebih tepat lagi depan rumah abg. Khalid. Tahniah dan terima kasih pada orang kuat yang menjayakan. Buat pengetahuan semua ni last minute project ni... Alhamdullilah berjaya jugak.. rasanya dalam masa seminggu tulah kita terpaksa membuat collection dari rumah ke rumah.. ada yang yang terlupa nk donate .. aku la tu.. last minute baru teringat bro... segunung tahniah buat abg khalid & wife (tuan tanah/tuan rumah), abg Salleh & kak Ram (chief), D(atuk) Suhaimi & wife (hamper2), Halimi & wife (conspiracy hamper), Mizan & wife (janji melayu), Sharul (best la ko), Madi & Azian (rumah purple tuu..) Shawal (ko keje je la).. eddy (tq.. sediakan live game liverpool vs chelsea), Abg Jeff, Azmi & wife (next year khemah bg lg discount ye ..), Sheikh Khalil ..hidayat.. (aku dapat dah resepi sup power dia.. ), Masnawi (ko lari tugas yee..), Abg K'zaman & wife, Din & wife, Jamil, Rosli, Zam & wife, ( ko 2b4 ke 2b7 he he..) ..
Buat yang sponsor hamper berbanyak terima kasih.. KR Puncak Niaga ( dua aje hee.. hee), Abg. Azam (bila nak sponsor voucher petrol) .. lain taun sendrii mau ingat aaa..
Terima kasih gak kat Pengerusi PPSA2 & Khairat Kematian (yang belum joint tu.. lu pikir la sendiri.. ), ustaz kita.. ajk fasa.. mizan.. pastikan 2B4 tak diratakan jadi padang bola.. asyik main kona kendi je..
Kat atas dah uploadkan gambo2 kemeriahan majlis tu.. warga 2B4 memang best.. yang tak ada dalam gambo tu maaf je la.. cameraman pun tak da dalam gambo (sorry abg. khalid)..
Lastly .. harap2 program/activity yang dirancangkan jadi kenyataan.. especially program mingguan bacaan YASSIN rumah ke rumah, paling tidak pun TAKBIR rumah ke rumah hari raya eidul adha nanti..
Salam,
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya blogger baru belajar
Kalau ada comment sila taipkan
11 comments:
www.simplementeracing.blogspot.com
congrats...mizan team
dari
Shawal
Jamuan Hari Raya yang paling meriah..walaupun first time!!..Next Year kasi Hamper lebih sikit..merana anak gua x dapat hamper..! Makanan pun sedap..yang paling sodap..air teh..sapa la yang bancuh tuh..!!terasa lagi kesodapan nyer...!!
dari
Bini Ujaine Alto
ewah2....
buat serangan peribadi nampak....
aku bkn apa pagi tu saja ja buat mogok/protes sikit, masa siang dah janji sama2,hamper semua dapat..last2 aku juga yg x dapat..
tp awat semua gambaq ada muka Ujaine n the Wife ja...confius aku
Ujaine, well done !!!
Tahniah kepada semua aktivis2 dan sukarelawan yg menjayakan persiapan dan perjalanan Majlis!! Terutama pada En. Khalid dan keluarga...sampai malam tuhhh kemas rumah....patut kasik Hamper special pada dia.
Utk lain kali saya suggest kasi cenderahati pada Tuan2 tanah yg terlibt...kesian depa sakit pinggang kemas rumah bro!
-Purple karr-re
Tahniah kepada semua aktivis2 dan sukarelawan yg menjayakan persiapan dan perjalanan Majlis!! Terutama pada En. Khalid dan keluarga...sampai malam tuhhh kemas rumah....patut kasik Hamper special pada dia.
Utk lain kali saya suggest kasi cenderahati pada Tuan2 tanah yg terlibt...kesian depa sakit pinggang kemas rumah bro!
-Purple karr-re
kepada : smua penduduk 2b4
program bacaan yasin kita masih pending sebab ketiadaan leader untuk bawa majlis ini, kepada sesiapa yg boleh jadi leader harap silalah tampil kehadapan...@ proposekan sapa
yang berkebolehan kepada kami
halimi
bila nak update new news ni.....
To my dear neighbours....First Taniah buat surau SA2 kerana menjayakan Majlis Sambutan Malidur Rasul disampaikan oleh Tuan Hj Ahmad dan jemputan paling istimewa bagi saya iaitu sekumpulan anak-2 yatim.Taniah sekali lagi atas usaha yang telah diberikan oleh AJK surau SA2. Tahun ni 2B4 bolah jemput anak-2 yatim jugak.... Tentang pemilihan org paling layak untuk majlis bacaan yasin 2B4...rasanya en.Halimi & en.Mizan tahu sapa..kita on saja..buat semua AJK wanita pd tahun ni saya telah sediakan kain yang sama..warna yang sama untuk menjayakan majlis 2B4 akan datang.Senarai Nama untuk semua AJK 2B4 wanita iaitu Puan Ramziah,Puan Pouziah,Puan Khatijah,Cikgu Sarifah( Pah ), Puan Rayiaah,Cikgu Khotijah, Ustazah Sofiya Hanim,Puan Roziana, Puan Azarina ( wife Jaini ) dan saya Puan Norazean.Pembelian kain saya telah tempah pada Puan An ( wife Jeffry ).keterangan lanjut hubungi saya azean
Post a Comment