Tuesday, March 17, 2009

Gambar ~ 17.03.09 (11.45 am)

Gambar 17.03.09 ~ 11.45 am Malam ni AJK-AJK jangan lupa datang meeting .......Kalau bendahari mintak tu hulur-hulur le ! Azam ~ maza64maza@yahoo.com

AJK Meeting

Per : AJK Meeting @ Pusat Komuniti Fasa 2B4 Tarikh : 17hb Mac 2009 Masa : 9.30 mlm Tempat : Pusat Komuniti Fasa 2B4 Kehadiran dimestikan @ diwajibkan (Mizan bagitau.. bukan aku aaa..)

Monday, March 16, 2009

Pondok Komuniti ~ 16.03.09 (11.30am)

Cuti sekolah dah bermula tetapi Pondok Komuniti kita masih lagi dalam proses penyiapan...Namun dengan sokongan dari Wak Selamat dan gengnya besarlah harapan kita agar ianya akan siap dalam waktu yang terdekat. Mungkin ramai antara kita yang sedang bercuti bersama keluarga tersayang tetapi masih ingin tahu perkembangan terkini pondok kita dan ini lah gambar yang paling mutakhir untuk hari ini 16.03.09.... Hati-hati dijalan raya!

Saturday, March 14, 2009

Latest Pic on 13.03.2009 at 11pm

Anak Jainie (baru dapat adik lelaki)tahniah!
Wak Selamat (kontraktor semua kelas)dan pekerjanya tengah pasang kayu untuk letak atap.... Azlan,Azam(akhirnya baru dapat bergambar),Khalid dan Halimi
Kualiti gambar tak berapa bagus mungkin kena embun jantan! Dari kiri Khalid,Sham,Azlan,Lingam,Halimi (lagi!) dan Jainie (dlm pantang!)

Thursday, March 12, 2009

Pondok Komuniti 2B4

Gambar pondok komuniti 2B4 terkini 12.03.09 pukul 10.30am Saleh, Halimi dan Azlan ~ 3 watak utama....
Khalid dan Azlan sedang tekun berkerja!
Lingam, Halimi dan Madi ~ flash tak cukup kat Lingam tapi bersinar kat Madi....
Khalid dan Mizan ~ tiang senget ke kau yang senget!
Tim Pengerusi dan SU Persatuan....
Real punya lakunan.....dari kiri baju putih ?, Sham, Jeff, Shawal dan Halimi
Saleh dan Azlan
Gambar-gambar pembikinan pondok komuniti merangkap pondok pengawal untuk sama-sama kita renung dan hayati, antara cabaran dan dugaan dalam membangunkan pondok walau pun dengan bajet yang seciput tapi dengan semangat setiakawan yang tidak kenal putus asa dan lelah maka pondok komuniti yang penuh dengan pertikaian dan kontrovesi sudah hampir siap...insyaallah!Wa caya lu.........

Wednesday, March 11, 2009

salam,
dear all,
Diatas dasar rasa ingin berkongsikan informasi dengan semua warga 2b4 saya melayarkan email ini.
untuk makluman semua penduduk 2b4 yang emailnya ada pada saya , merujuk kepada email di bawah.. 2b4 blogspot address adalah : http://2b4sa2.blogspot.com/ untuk update juga mungkin lepas nie bendahari akan mantapkan lagi infor ini ..iaitu cost pembinaan pos kawalan/pondok komuniti kita telah mencecah RM3000.00..dimana kutipan kita kurang dari jumlah itu maka pada jumaat lepas sekali lagi kutipan kilat telah dilancarkan, kita ucapkan terima kasih kepada penyumbang kita di mana malam itu sahaja RM 700.00 telah di sahkan akan didermakan.
Kepada yang belum lagi membayar kutipan wang bulan mac sila bayar pada AJK lorong atau terus kepada bendahari En.Khalid di no. 31 LAZ 10/6..(untuk senarai nama AJK lepas ini mungkin setiausaha akan emailkan pada tuan2/puan2 ) begitu juga kepada sesiapa yang ingin menambahkan lagi sumbangan kerana banyak lagi alatan dan keperluan pondok kumuniti 2b4 belum dibeli.
kepada sesiapa yang ingin bersama menyumbangkan tenaga gotong royong masukkan tanah ke tapak binaan masih belum selesai boleh datang pada pukul 9.30pm lepas isyak setiap hari kalau tidak hujan kalau tidak ada orang pada waktu itu pandai2 mulakan kerja bukan untuk orang lain ,untuk kita jugak ,marilah bersama2 kita memastikan 2b4 menjadi tempat yang selamat untuk diduduki...
untuk masalah guard tim.pengerusi kita telah interview 2 orng , insyaallah akan bertugas tidak lama lagi..mungkin lepas ini tim.pengerusi akan update kan statusnya...
sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui email terbuka ini atau layari blogspot kita...
sekian..wasalam...
Halimi [halimi@profen.com.my]

Tuesday, March 10, 2009

POST GUARD 2B4 aka PONDOK KOMUNITI

Gambar 'post guard' progress setakat 10.03.09 ihsan dari En Norazam, Terima kasih ..

Monday, March 9, 2009

JKK Fasa 2B4, Shah Alam 2

Assalamulaikum, Warga Fasa 2B4, Seperti yang sedia maklum, meeting 'panas' telah pun dilakukan pada 23.02.09 di perkarangan surau At Taufiqin..terima kasih di atas kehadiran sahabat semua.. Meeting telah dipengerusikan oleh Sdr. Rosmizan..tapi nape Sdr. Zamzuri tak datang.. sian Rosmizan kene bantai sorang sorang.. Zamzuri gi skodeng ke.. (saje gatai nk guna 'quote' dari saudara 'panas' kite.. he he.. he..). Keputusan telah dibuat dan AJK telah dilantik.. Pertamanya wat semua warga 2B4, kene bersedialah buat rondaan malam (RT).. ni adalah untuk penyelesaian jangka pendek.. harap harap semua warga 2B4 dapat memberi kerjasama sepenuhnya..Keduanya InsyaAllh.. pihak AJK berusaha untuk mendapatkan 'Security Guard' bertugas secara tetap.. masa yang dicadangakan dari pukul 11.00 mlm ke 5.00 pagi..ni adalah penyelesaian jangka panjang yang dipersetujui ramai. Maka dengan itu.. misi membuat kutipan 'wang perlindungan' sebanyak RM 30.00 sebulan telah pun mula dijalankan dari rumah ke rumah.. ALHAMDULILAH sambutan menggalakan.. Projek pertama menyiapkan 'post guard' telah pun dalam progress.. setakat 05.03.09 adalah seperti photo yang di sertakan.. lokasi adalah di persimpangan masuk ke fasa 2B4.. lebih spesific berdekatan kedai mamak maidin ngan gerai 'MJ'.. Selepas dari ari khamis 05.03.09 aku dah tak tau sampai mana progress 'post guard' tuh.. maaf la sahabat semua aku ada tugas kt Perak & Penang.. harap ada sahabat yang boleh updatekan.. Buat semua warga 2B4.. berbanyak terim kasih..GEng Collection.. Geng Wak Selamat.. Kedai runcit Aceh.. Sahabat yang sediakan air minum .. Kak 'MJ' bagi kuih free tuh.. Wat Sdr. Lingam .. Macamana ngan submission MDKS.. Sekian Wassallam..

PINDAHNYA EN. SYUKRI & FAMILY KE JOHOR

27.12.2008 Hari: Sabtu, Jam: 3.30ptg. Kali terakhir melihat kesemua barang dinaikkan keatas lori. Semoga berjaya di tempat baru nanti!

Friday, March 6, 2009